BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, February 13, 2011

TANGAN KIRI YANG MULIA

Suspens je nak cerita benda ni kat korang. Sebelum ni, aku tak takut jarum. Tiba-tiba dah terfobia pulak dengan jarum. (aku try nak selitkan elemen seram ni!)-(tapi tak seram langsung) Aku bukan sengaja nak fobia tapi terpaksa fobia.

Sebabnya, minggu lepas hari Isnin aku punya lengan belah kiri ni ha kena cocok ngan jarum. Kuang hajau betul jarum tersebut. Jarum tersebut ya, bukan siapa-siapa. Kenapa jarum tersebut mesti jadi tajam nak mampos pastu menyakitkan? Ashhhhhhhh, benci jarum ni.

Aku antara 10 pelajar pertama yang dapat suntikan ATT kat sekolah aku. Suntikan ni memang wajib ke atas setiap student form 3 kat Malaysia ni. Budak form three yang lain, korang dah kena? Kalau belum, bersiap sedia la korang sebab seriously aku kata suntikan ni agak berbisa. Wahaha :p
And, bisa injection ni kena kat aku selama 4 hari.

Bayangkanlah woi, betapa seksanya aku dlm masa 4 hari tu! Nak basuh pinggan kena slow-slow... Nak angkut beg sekolah yang berat kena hati-hati... Nasib baik tangan kanan elok, kalau tak aku taktau laa nak menulis macam mana~ Baru aku sedar betapa pentingnya tangan kiri aku ni. Terima kasih tangan kiriku, kau banyak berjasa.

Aku bersyukur sebab aku dah dapat injection ni. Weh bersyukur gila kot. Sebab injection free takyah bayar and masa depan nanti kalau terkena paku karat ke apa ke takde effect kat badan ni ha. Sebab dah inject mencegah kancing gigi.

Nurse cakap "injection ni untuk kancing gigi, mengelakkan kita sawan gigi kalau benda2 karat masuk dalam kulit kita" Aku dah senang hati sebab aku tau besar2 nanti aku tak kena sawan hahahaha.

injection Pictures, Images and Photos
Arghhhhhhhh tak sanggup!


injection Pictures, Images and Photos
Amalkan tengok jarum banyak kali sebelum di-inject. Lepas kena inject terus pengsan :|

P/s: Aku ni berhati waja, sesakit mana pun suntikan tu, aku tahan taknak nangis, kahkah

No comments:

Post a Comment