BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, May 20, 2011

SEMUA ORANG ADA SELERA TERSENDIRI

Ek eleh poyo abes title entri aku ni. Kalau baca title mesti dah dapat agak apa yang akan aku merapu kat entri ni kan. Ya, betulla tu. Memang nak cakap pasal MAKAN pun. So, main topik skang ialah MAKAN. Apahal perut aku titibe berkeroncong ni mahnn. Oh, saya belum makan even sebutir nasi lagi harini. Lepas habis entri ni konpem gi serbu periuk nasik. Lol. Kalau korang suka makan apa? Alaa boring gila.. Setakat suka fast foods je memang tak perlu laa. Fast foods dah la mendatangkan keburukan dan meningkatkan kadar obesiti. Ecececey ayat macam penceramah kesihatan apahal bro? Tapi tak kisah la sebab skang ni bukannya aku nak cite sal feberet food kau pun dalam entri ni. Aku nak share feberet food aku la.

#1#SUSHI

Arggghhh sedapnya dah plak belum makan lagiiii!

Aku taktau la sejak bila aku minat sangat sushi. Tapi yang aku perasan sejak akhir-akhir ni, kalau aku nampak sushi kat mana-mana mesti aku beli punya. Minat sangat. Tapi i will never eat sushi with wasabi. Sebab aku ada nightmare makan wasabi. Lol takyah tahu la yang ini. So, aku makan sushi ngan kicap je. Dia ada banyak jenis kicap kan.. tapi aku main belasah je mana-mana kicap pun... Bagi aku semua okay... Yang penting, aku TAK PANDAI buat sushi sendiri. (kena belajar nampak gayanya)



haihlaa heaven sungguh kalau ada orang belanja aku macamni tapi gerenti la takde kan. belanja ice-cream pun takde inikan pula sushi :"C

#2#KIMCHI

Mungkin nampak macam tak sedap kan. Tapi kau kena cuba dulu baru tahu penangan dia. Lolol. Yea, this is korean food but aku tak pasti la sama ada kimchi ni tegolong dalam traditional food atau tak. Itu tak penting. Yang penting rasa dia. Bila aku makan kimchi, aku tak rasa pun kimchi ni makanan Korea. Sebab dia kan guna kobis. So, rasa macam kau makan sayur yang selalu mak kau masak tula.. Hahaha tapi taktau la kalau pegi korea. Rasa kimchi yang homemade punya kan. Konpem la lagi menjilat jari. Aku suka kimchi ni sebab terpengaruh ngan korean dramas sebenarnya. Selalu dalam korean dramas dorang ada sesi makan kimchi dgn family *yeye je aku ni*

#3#AVOCADO JUICE
Woohoo yang ini memang terbaik dari ladang baiii. Mula-mula aku minum avocado juice ni kat restoran ayam penyet kat ne tah. Kalau kat endon avocado juice ni macam common drinks laa... macam teh o ais kat malaysia laa... You know what i mean by common drinks kann.... So, masa first time order avocado juice tuh memang teruja laaa. Korang wajibun try this one. Sedapp wei i cakap~ Hari wesak yang lalu baru je pegi unch kat restoran ayam penyet ria yang dekat ngan hospital ampang puteri tu. Dapat jugak la aku melepaskan ke-kempunan-an aku untuk minum avocado juice tuh... Yelaa nak berkunjung ke restoran ayam penyet pun tak selalu sebab mahal.... Selalunya makan kat rumah je sebab mak masak lagi sedap walaupun takde avocado juice. Hihi :D



Ohmygosssshhhh this is HEAVEN guys!!!!! memang dia akan letak kinda chocolate dalam avocado juice ni. Untuk reduce the bitter taste of the avocado. And it's very tastyyyyyyy!

Okay guys can you tell me what is this actually? aku tak pernah jumpa sebelum ni.. Teh tiga lapis pernah la aku jumpa.. kat kedai mamak selalu ada teh tiga lapis tapi aku tak penah order punggg~ So, aku rasa yang layer bawah sekali kaler hijau tu should be avocado juice, second layer maybe susu atau serbuk asam jambu? sebab nampak macam sama je? and the upper layer tu apakah? mango juice mungkin

Walaupun aku dah cakap kat intro tadi yang aku nak cerita pasal peberet food aku dalam entri ni, aku tetap meneruskan hajat aku untuk cerita pasal feberet drinks dalam entir feberet food. Ghhasaaakkk ah blog i bukan blog you. Sekali lagi aku nak bagitau yang aku tengah KEMPUNAN avocado juice. Alangkah indahnya hidup kalau depan rumah ada ladang avocado? Tiap2 hari gi petik pastu blend buat juice..... WAAAAAAHHHH

AKU BUKAN SEORANG YANG ATHLETICS

Yes, i'm seroius. Kalau nak tahu, aku kat sekolah boleh dikatakan aktif laa (berbanding ngan yg lain) sebab aku suka sports. Yes i do mahhn. Tapi tapi, sports yang aku pernah join, i mean yg aku represent my school, yg aku termasuk dlm team sekolah hanyalah track and field (olahraga).. Itupun aku laa yang paling worse sekali.. Macam tak layak masuk pun ada gak. Haha so kesimpulannya kat sini, memang aku tak layak la dikategorikan sebagai seorang yang SPORTY. Kebanyakan common sports aku dah pernah main. Tapi ada gak beberapa sports yang aku tak pernah main, tak berkesempatan nak try, tak ada peluang nak main atau tak teringin langsung nak main.

#1#GOLF
Lol. Kalau nak ikutkan entah tahun bila lah aku akan mencemar duli pegi main golf. Selalu orang cakap golf ni sports untuk orang yang upper class je. Tapi bagi aku TAK. Sebab ayah aku pun main golf. Ayah aku pernah cakap camni "Ayah ada free tickets untuk Malaysian Open" Pastu mata aku dah bersinar-sinar dah. Dengan terujanya aku bersetuju nak ikut ayah aku. (sebab aku pikir malaysian open squash-teringin gak jumpa nicol david) Titibe ayah cakap "bagus la. Ni la masanya ko nak amik gambar. Orang main golf...." (sebab ayah nak suruh aku jd professional photographer le kunun) Aku pun terus membantah dan tarik balik kata2 persetujuan utk ikut tu. Nak pergi tengok tournament pun aku takmau, apatah laaagiiii la nak main golf. Oh, btw, golf ni lebih sesuai untuk laki tapi ada jugak perempuan yang hebat main golf. Bagus kan?

Tiger Woods yang hebat sangat tuwwwww



Saya tahu la nama awak harimau jangan le mareee~


#2#ARCHERY
Dalam Bahasa Melayu dia memanah. Wow, bestkan kalau hebat memanah. Aku jealous betul dengan sekolah yang ada sukan memanah. Sekolah aku takde pun tsk tsk T__T tapi bagus la takde. Sebab kalau ada nanti susah. Budak-budak sume memanah benda lain. Haritu aku belek album pesbuk (fb) mem aku. Tengok-tengok dia pergi memanah. Aku pun cam terkejut la. "aik sejak bila lak dia ni jadi pemanah? Bukan dia footballer ke?" Oh okay rupanya dia pergi memanah kat arcade. Lol. Aku tak pernah teringin nak try pun bahagian-bahagian archery ni. Sports ni nampak susah bagi aku.

Amboi kau. tak bertimbang rasa sungguh tuan kau ni. Ada ke patut bubuh nama kau 'archery'? Bulu dah cantik-cantik ni kot bubuh la nama siti nohaleza ke kan kan. Search photobucket titibe keluar gambo ni.



Ya, begitulah memanah ya anak anak.


#3#PAINTBALL
Paintball ni diklasifikasikan sebagai sports jugak ke? Ye kot... Bantai je la kan. Sebab aku pun taktau kesahihan dia. Lololol. Sedih kan dekat orang yang tak pernah main paintball ni. Bukan pinball duhh -_-' pinball setakat kau tekan-tekan keyboard tu mampu la.. Ini paintball bro. Mampu ke kau nak lari-lari main hide and seek pastu nak tembak orang lagi? Alaaaaa aku nak dooo main paintballlllllll

Dengar cerita peluru paintball ni menyakitkan. Melihat pada gambar ni pun aku rasa memang betul la kot menyakitkan? Sorry la i taktau paintball2 ni sebab i tak pernah main~ *lame*



Mission 2011 aku yang ke 3,497 ialah main paintball bersama para rakan huhu

#4#KAYAK
Ni antara sports yang ekstrem laa. Sukan air selalunya ekstrem. Aku ni bukannya tak pandai berenang. Aku memang pandai berenang sampai dah dilantik secara official untuk menjadi jurulatih pasukan ikan emas peliharaan jiran aku (lol) Nak ikutkn aku memang teringin sangat nak berkayak ni. Tapi bila dipikirkan balik, aku memang laa bersyukur yang aku masih belum try untuk berkayak.


Sebab ni la! perghhhh kau nampak air yang deras tu. Simpang malaikat patplohpat mahnn. Ini tak kira la pandai berenang, tak pandai berenang. Kalau kau panik, konpem tenggelam abes. So, orang macam aku yg cepat sgt2 panik ni, disyorkan utk memulaukan sukan berkayak.


Tahniah la dekat orang ni. Dah lak berkayak seorang diri si tengah-tengah laut biru. Ditemani pula dengan ikan yang bakal memakan dia tu. Wahh serammm siot.

In conclusion, I am not the sporty one. I am just this cool. Lolllll