BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, February 13, 2011

SEPANDUK OH SEPANDUKKU

Tahu sepanduk tu apa? Bukan taunduk tau tapi kalau nak tahu pegi check dalam kamus dewan edisi ke-4 gerenti ada. Kalau taktau kamus dewan tu apa, mari saya tunjuk.

Perarakan Sempena Sambutan Maulidur Rasul Pictures, Images and Photos
Bukan nak tunjuk kamus dewan tapi nak tunjuk mana satu sepanduk. Sepanduk di dalam gambar berwarna hijau-kuning ya anak-anak.

Apa la pulak sangkut paut sepanduk ngan real life Rubee Nazira ni kan? Pelik betul :/ Sebenarnya, sempena sambutan MaulidurRasul minggu depan, sekolah aku ada anjur satu pertandingan which is pertandingan mencipta sepanduk. (lebih kurang la)

Aku telah dipilih oleh form teacher aku utk join competition ni. Tapi aku mengelat sbb nampak macam susah nak buat.. Yelah, dahlah ni first time competition macam ni diadakan kat sekolah aku, cikgu lak pegi pilih orang cam aku ni ha, bakat seni aku ni adik sekolah rendah pun lagi hebat laa. So, aku pun tak jadi join.. Form teacher aku pun tak kisah sebab dia sendiri back-up aku. "Rubee tak bole, dia ada byk kerja Panglima (rumah sukan)", katanya kpd rakan2 yg lain.

Senang cerita, aku dah senang hati takyah pikir benda2 ni sume. Jumaat lepas, aku stayback kat sekolah sampai petang. Dengan niat yang murni nak bertugas kat koperasi sekolah. Tapi niat murni nih terpesong jugak bila aku berkunjung ke kantin. Nak tahu whyyyyy? Sebab aku tengok manusia belambak gila kat kantin tengah warna sepanduk masing2.

Aku pun pergi la carik classmates aku. Dengan tak semena-menanya aku tertolong dorang siapkan sepanduk tu. Walaweh chunn meletop laa aku kata sepanduk yg kitorang cipta tu.. Aku admit sepanduk kitorang yg paling simple, but comelllll haha. Sepanduk maulidurRasul pun ada kategori comel kah?

Jadi, aku harap team kitorang dapat menang pertandingan ni. Tunggu jelah isnin ni tengok spae menang. Tapi kalau sepanduk kitorang tu, menang tahap saguhati boleh le.. Sebab sepanduk yg lain2 pun hebat jugaks. Ada yang rajin bebeno siap tulis hadis lagi... Ada gak yang siap lukis budak laki pakai songkok mata sparkling~ Kreatifnya dorang. Kalau sepanduk kitorang, just ada gambar masjid sebijik kat tepi tu ha.

<kerawang Pictures, Images and Photos
Kitorang guna motif 'kerawang' kat sepanduk kitorang :))

No comments:

Post a Comment