BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, December 25, 2010

SIAPA NAK TAHU AKU PERGI GENTING WAH TERUJANYA

Sekarang ni aku memang gemar nak menaip title entry pepanjang. Tak tahu kenapa. Rasa macam seronok pulak kan. Konon konon cool lah tu bila entry title kau panjang? Hu hu. Seperti yang tertera di atas bahagian title, sila maafkan aku sebab aku sikit teruja. *walaupun sebenarnya teruja banyak*


Kisah bulan satu tahun 2009:
Si polan berkata kepadaku "weh best siot cuti sekulah ari tu aku pegi genting. Duduk kat hotel Awana Kijang ko tau mahal. Pastu roller coaster pergh gempak siut." Aku diam je sebab aku tak penah pi Genting.

Kisah bulan empat tahun 2010:
Si Meon (bukan nama sebenar) cite gebang kat aku "wei korang penah pi Genting tak? Cuti bulan tiga ari tu baru je pemily aku gi Genting. Ko tau sejuk kat sana gigil gigil aku kat balkoni hotel First World." Aku tengok je. Sebab aku tak penah jejak kaki kat Genting.

Akan datang.....
Kisah bulan satu tahun 2011:
Si rub masuk 3M lalu menggebangkan dirinya "Kau orang tau aku cuti sekulah ari tu aku gi Genting. Rugi kau orrang pegi Genting awal awal sbb sekarang dorang dah upgrade outdoor theme park siot!" Kisah sedih aku dah berlalu sebab aku dah penah pi genting. walaweh kecoh betul.

Aku gembira lah kot sebab ni first taim tau aku pi genting. Buat seumur idop, sekurang kurangnya ada la gak pengalaman pi genting kota keriangan walaupun dapat main Space Shot je. Gila kauuuu. Hah ni aku dah nak setat gebang pasal Space Shot. Korang yang penah pi genting mesti penah naik space shot kan. Pergh gila walaweh meletup kebabom siot.

Sebenarnya aku pun taktau aku ni cukup tinggi ke tak nak naik space shot tu. aku tak cukup self-confidence nak ukur ketinggian kat tempat mengukur tu sbb nya, andai kata aku tak mencapai ketinggian yg sepatutnya takke malu gileeee org sekeliling tengok, alahai kesiannye budak sekor ni muka macam ya ya nak naik space shot sekali pendek. Ok itu keji. Jadik nya aku redah je masuk queue. Tinggi tak tinggi pun aku bantai sebab aku nampak sorang akak ni pun saiz lebih kurang aku ok je dalam line muka teruja sbb japgi giliran dia pulak naik space shot.

Dan aku menyirap sebab line pergh takleh nak panjang lagik. takpe, aku teringat kata penceramah motivasi yang datang sekulah aku haritu "sabar tu separuh drpd iman. Klau kita sabar utk dapatkan sesuatu, mesti kita dapat punya apa yg kita nak tu" Betul lah bak kata penceramah, disebabkan aku sabar je, aku dapat skip seploh orang di depan aku bila akak yang keje kat space shot tu cakap "ada satu lagi seat kosong siapa volunteer nak naik?" aku pun angkat tangan pastu gi kat depan tu ha.

Aku pun pelik apasal la orang yang lain tu taknak naik seat yang satu kosong tu. Rela betul dorang sanggup queue lelame bawah cahaya matahari yang penuh vitamin si tu. Oh, baru aku terpikir, sebab dorang nak naik space shot sekali ngan member/pemily depa. dah kalau seat satu je yg kosong tak ke nama terpisah ngen member/pemily kau. Aku takpe la naik sorang sebab memang aku queue pun sorang sorang je. Kesian aku tau sebab cousin aku sorang yang dok teman aku queue tu tak cukup tinggi (obviously) jadik nye aku tak berani nak soh dia naik sekali. Kang melayang budak tu tak pasal aku plak kena nanti.

Jadinya bila dah duduk kat seat tu tapak tangan aku dah setat berpeloh peloh en. Aku lak dok kat seat yg berdepan ngan camera. Malu kot kalau gambar aku tengah dok baca doa segala kena snap. Hu hu. Lepas dah pakai seatbelt, titibe seat aku tuh naik atas macam dah nak cecah awan kau tau. Pergh laju lah siot kecut perut aku yang bonchet ne ha. Tu baru time nak naik. Bila nak turun lagi jahanam pergh laju takleh belah. Aku dah menjerit cam orang wayar putus. tapi dua budak india sebelah aku rilek je gelak gelak sambil cite-cite macam kat warung kopi. Iskkk bagus gila dorang tak lah gelabah laut cam aku.

Hah kau! Kalau tengok dalam gambo pun dah tinggi nak mampos kau try la naik. Bukan calang calang manusia tau bule naik. Tahniah untuk aku. *kesian kat aku ni*
-credit gambar:nama-saya-awanis.blogspot.com-

Aku upload gamba ni sebab cun siot gamba ni. Teringat aku time aku naik space shot~
-credit gambar:alansukalembu.blogspot.com-

Bila dah turun daripada seat space shot aku macam "fulamak gila terror aku naik space shot" ek eleh hiraukan pompuan ni jakun je lebih. Kat genting selain space shot, aku naik permainan kanak-kanak je, spt :



Taktau apa nama dia tapi aku panggil gajah gajah hik hik ;P

dan kapal terbang. Baiknya aku sebab menemani adik-adiknya (^_^)

Takpelah, lain kali kalau pergi genting lagi aku takkan kasi chance mesti balas dendam punya mesti naik flying coaster dan sepupu sepapatnya. Hik kejam kenyataan~ Selain naik gajah, k.terbang and space shot, aku sempat gak naik kebel kar a.k.a. nama femes dia Genting Sekaiwey (skyway lah weh walaweh -_- )

Di sebalik senyoman tu sebenanya aku gayat takleh tengok bawah walaupun kat bawah cable car tu hanya ada HIJAU

Gambar ni untuk senaman kepala ya anak anak. Sebelah aku tu adik ku dan sebelah adikku tu cousin ku yang tak cukup tinggi nak men space shot hu hu.

#facts 1# Genting skyway is the fastest cable car in the world. Can you believe this? wah malaysia hebat. credit pic : cuti.com.my

#facts 2# Genting skyway is the longest cable car in asia. *tepuk tangan* credit pic: xrong89.blogspot.com

No comments:

Post a Comment