BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, December 23, 2010

PERGI KE MELAKA UNTUK BERJUMPA KELUARGA DI SANA

Kadang-kadang korang kena ingatkan aku yang title memang tak payah naik taip panjang sangat lah kan. Hi hi hi bestnya nak menaip pasal entry ni. Sebab boleh nak merapu sikit kan *walaupun hakikatnya aku akan merapu banyak*

Baik, baca title di atas semula. Okay jadi aku sekeluarga pergi le Melaka Bandaraya Bersejarah untuk menginap sebentar *pergghh macam le kau menginap kat Melaka 2 minit je nak pakai perkataan sebentar* di rumah Mak long, kakak ayah. Best tau kalau kadang-kadang maca ni. Kadang-kadang je tau sebab kalau dah hari-hari buat benda yang sama tak ke bosan plus menyampah gitu.

Ini macam family gathering lah yang macam kau orang selalu ceghita kat aku tu kan. Semua ada kat rumah Mak Long last weekend. Mana tak meriah plus best plus gempak nya kan kan. Biasa la cuti sekolah ni semua benda aku buat mesti mau kasi gempak. *lebih lebih pulak* siblings ayah (kecuali pak uda) and maktok & abahtok juga ada menetap di rumah Mak Long pada hari kejadian. *suspens je ayat kau nih*

Jadi jadi, aktiviti yang kitorang buat kat Melaka teramatlah awesome tambah lagik bila aku berjumpa dengan cousins yang hyper belaka. Antara aktivitinya ialah :

TENGAHARI : Lunch lauk tomyam well aku dah lama tak makan tom yam dan memang wajar aku kasi thumbs up!! Chef tukang masak tom yam ni memang perghh *tak dapat describe ngan kata-kata sebab tomyam sedap apatah lagi perutku kosong*

MALAM : Cuak siot aku kat bilik cousin aku macam "weh pehal orang jerit-jerit kat bawah tu hah?" Bluhhh Malaysia vs. Vietnam for suzuki cup. Heh ingatkan dorang teruja kot Nora Danish yang cun meletop kebabom tu muncul depan umah mak long suruh beli losyen mustajab. Nasib baiklah Malaysia menang gak match tu. Kalau tak sia-sia je korang yang kat bawah tu dok jerit "goooooooooooooollllllllllllllll!!!!!!!!" *yang sebenarnya tak gol pun -_-*

LARUT MALAM : Pergi naik River Cruise kat Melaka River Cruise seh! Kalau ayah aku senang ceghita panggil tongkang je. Hu hu.

Okay, bila naik tongkang ne ha, boleh le nikmati pemandangan malam di sekitarnya. Cantik cantik kot pemandangan dia. Ni tak tipu tau kalau tak percaya lihat lihat buka mata *jangan sampai terkeluaq eyeball na. aku takmau kutip* :



1 Malaysia Melaka Maju 2010. -jangan main main tau-


Huiyooo ni dah macam ferris wheel seh. Berangan le aku nak naik ferris wheel. Tapi taknak ah. Sebab ferris wheel spt dalam gambar di atas bergerak selaju 12km/h ya anak anak. Jika anda menaikinya harus pakai tali pinggang dan topi keledar kerana ia akan berpusing dengan laaaaaaaaajuuuuuuuu -_-


Pastu yang ni ha korang takkan paham kalau aku describe apakah bjek yang berada dalam gambar di atas. Sebab aku tak tau nak describe cemana. So, tengok je la gambo. Lampu yang berwarna warni itu memantulkan cahayanya kepada tembok itu sekaligus menjadikan tembok itu berwarna-warni. *oh tidak apa yang aku taip*


Lepastu lepastu, ini memang dilema orang yang menaiki river cruise bahagian hujung. Sebabkan aku teruja sangat aku dah duduk kat seat bahagian hujung. Jadinya kan kalau duduk hujung kan dapat menikmati pandangan malam sambil mesej kawan kat KL cakap wei best siot naik rivercruise tengah malam kat melaka pastu dia reply balik kau jakun. Okay okay bila dah duduk bahagian hujung, rubee sila duduk diam diam. Kalau tongkang yang kita naik tu selisih ngan tongkang lagik satu gerenti punya air sungai segelan memercik mercik masuk rivercruise kau. Ha ha ha padan muka yang duduk bahagian hujung sebab dapat banyak sikit air sungai. Bukan senang tau nak dapat.

Perghhh tak menahan air sungai nih nak memercik mercik. Sebbaik lo aku ni tak kuyup kau tau. Free free je dapat rasa kesegaran air sungai. Dan selepas puas naik tongkang kitorang pegi melalak kat pusat karaoke. Time tu mata aku ne ha dah berair ngantuk gila siot. Tapi takpe, buat-buat tak ngantuk je sebab sangat teringin nak karok. :D

Ayah saya baju hitam itu sedang tekun ya.

Hah! silap le pusat karaoke ni. Siapa suruh kau letak 'family karaoke' kat situ. memang satu pemily aku angkut masuk bilik karok. Sekali ngan cousin aku yang baby sume bak datang.

Cousin, meen. Pergh benci gila tengok outfit dia. Cuba kau tengok, tak ke stylo milo nyeh dia punya sweater tu? T_T

Bila turn aku nih cepat laaaa

Dah le karok sejam je memang tak lepas ah nak nyanyi lagu feveret aku. Sesi pemilihan lagu je pun dah setengah jam. Mic lak dia provide dua je. T_T sedih je. Tapi takpe. Sebab aku dah bejaye nyanyi lagu Acha Septriasa. *tak bole belah seh* Pastu balik rumah maklong. Gila dah tak bermaya aku mata takleh bukak. Tapi best siot kalau gather satu pemily ramai-ramai cenggini. Ok bye.

No comments:

Post a Comment