BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, December 23, 2010

HAI DAH LAMA TAK MENAIP MACAM NI KAT SINI

Sila hiraukan title itu. Permulaan, Assalamualaikum. *waalaikumussalam kata makcik sebelah rumah* Huiyoo, lama tak menaip macam ni kat sini. Sungguh lama tiada post baru dari aku. Janganlah tanya kenapa sebab nanti bila aku jawap soalan kau tu tiga hari tiga malam mesti tak habis punya alasan. -_-

Okay, cerita sikit. "Macam mana anda boleh tergerak hati nak update belog setelah berkurun tak update?" *nada soalan macam interview daripada surat khabar New York Times* aku jawap "ini semua kerana influence Hanis Zalikha" :)

Okay, (setiap perenggan baru mesti mula dengan okay ke?) mari aku cerita dekat korang siapakah dia Hanis Zalikha ni. Dia seorang blogger yang fofular kalau korang rajin beno belogwalking. Entry dia mesti beriban manusia "LIKE" dan "COMMENT" sebabnya entry dia sempoi. Lagik satu dia ni cun. *terus abang Kasim yang tadinya layan youtube pandang aku bila aku sebut perkataan cun" Kalau kau semua tak percaya pergi google image Hanis Zalikha.

Okay okay, berbalik kepada tujuan sebenar aku bercerita pasal Hanis Zalikha ni. (tengok permulaan perenggan -_-) Aku ni pun tak pernah tahu kewujudan Hanis ni. Aku panggil dia kak Hanis lah eh. Sebelum ni, memang le aku tak pernah dengar langsung pasal Kak Hanis. Padahal perghhh kenmain popular lagik si akakk sorang ni siap masuk Berita Harian, Kosmo semua. Memang katak di bawah tempurung kelapa betul aku ni T_T

Jadi aku kenal Kak Hanis melalui belogwalking (singgah dari satu belog ke belog yang lain) Masa itu, Aisyah (adek) tengah dok tengok ceghita Tentang Bulan yang dah berkurun tu. Aku yang boring ni melangut depan laptop taktau nak buatpe. Titibe "Why not search gambar Erin Malek?" (erin malek belakun ceghita Tentang Bulan sbg Zurina)<-- ingat seh! Lepas dah search, tengok tengok lah gambo dia. Perrghh cun siot minah ni nak dibandingkan ngan aku T_T

Sekali dekat list search result tu pun ada belog sorang ni. Bukak je la belog dia. Nama dia Nadia Khan. Hah ni lagi sorang belog dia best lah jugak kalau anda nak mengisi masa lapang. Lepas tu, dok godek lah belog kak Nadia ni. Habeh aku godek segala blog entry dia.

Bila dah puas godek belog Si Cute Nadi Khan, usha jap blog listing dia. Dia ada list satu blog ni. Kali ni pulak ialah blog Cik Epal. Siapa kenal angkat tangan. *tapi angkat kaki je kalau anda ada masalah bulu keti berlebihan* Okay, cik epal juga blogger yang hot tahu. Jadi saya yang sedang bosan ini pun menggodek belog cik Epal pule.

Tak cukup lah 24 jam kalau nak digodek belog cik Epal tu. Perghhh entry gila banyak siot. Lepas tu, tersampai kat entry Cik Epal yang bercerita tentang Kak Hanis. *tak belah "tersampai" macam ya ya je nak elak daripada baca entry tu* Jadi, berbekalkan puji-pujian cik Epal terhadap Kak Hanis, aku pun teringin nak kenal tuan punya badan.

Jadik aku google la belog kak Hanis. Sekali bukak belog dia aku macam "Arghhhhhhh header blog gila vogue!!!" *okay kurangkan keterujaan itu* 3 saat lepas aku puji blog header Kak Hanis, aku terus godek segala benda yang ada dalam belog dia. Huishhhhh patutlah cun siot! *sekali lagi abang Kasim memandangku lalu memberi isyarat mata tanya 'sape yang cun?'* Cukuplah abang Kasim oi. Patutlah cun, sebab sebab sebab dia ni model. Aihhhh la kak Hanis. Terel seh blogger top lagi modelling lagi.

Jadi sebenar benar benar benarnya aku nak ceghita kat kau orang ialah macamne aku leh tergerak hati untuk berblogging sekarang ni. Kan aku cakap ni semua sebab Kak Hanis. Apa kena mengena? Kan? Apa kaitan? Kaitannya ialah sebelum ni saya sangat tiada idea untuk menaip. Sekarang baru rasa kreatif sikit *dan dan je puji diri sendiri* setelah baca belog kak Hanis yang seronok itu.

Bukan ke senang kalau aku cakap "aku tergerak hati nak blogging sekarang sebab aku terbaca satu blog yang best yang membuatkan aku tergerak hati" Hah, kan ke senang beno tu? Tapi takpe la apa salahnya nak gebang sikit sekarang ni walaupun aku tau kau orang mungkin akan kata "menggelabah sito minah ni" Ok bye.

nota tambahan : sila google sendiri blog cik Epal, Nadia Khan & Kak Hanis sendiri sebab gerenti jumpa punya.

2 comments:

  1. Oh haha aku kenal cik epal dengan hanis zalikha je XD Blogger otai tuu woii(:

    Eh eh nadia khan aku baru nak google ==' haha

    ReplyDelete