BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, May 15, 2011

TAHU TAK TINGGAL LAGI BERAPA BULAN JE NAK TRIAL PMR

Kira sendiri sebab terus terang aku taktau sebenar-benarnya bila trial aku. Yang aku tahu, kalau dapat jadual exam, baru aku revise balik, study balik. Kira last minute stadi la. tu pun kalau cikgu kasi jadual exam. Maunya kalau cikgu tak kasi? Exam secara mengejut????!!! #Ppppanngggg! kena tampar muka oleh diri sendiri sebab masih tak sedar yang diri sendiri ada peperiksaan penting tahun ni.

Penting sangat ke PMR ni yang semua budak form 3 nak stress stress sangat?! penting sangat ke PMR ni yang penerbitan Sasbadi dan penerbitan pelangi sdn. bhd. sebok-sebok nak keluarkan buku tebal-tebal pastu cetak besau-besau KERTAS MODEL PMR TERKINI 2011. Dan penting sangat ke PMR ni sampai aku tak sempat nak apdet (update) blog?!

Entahlaa. Aku sendiri takde jawapan yang sesuai. cikgu english aku cakap 2 tahun lagi PMR dimansuhkan. Dah konpem dah memang nak mansuh terus. Alasan kerajaan nak mansuhkan PMR is sebab "PMR mendatangkan stress kepada para pelajar" "terlalu exam-oriented" So, baru sekarang pulak diorang terpikir begitu. hm hm nasib nasib.

Untung la siapa yang lahir lambat. Sebab terlepas seksa PMR. Tapi aku lagi kesian kat depa ni. Sebab teacher english aku cakap, disebabkan dorang takde PMR, sistem pembelajaran dorang pun dah bertukar. Perghh memang bertukar habes aku cakap, sebabnya, dorang kena ambik about 20 subjects every year. Wuhuiiii gila-gempak-siot~! Rela lagik aku PMR kalau cenggini gayanya.

Teacher cakap lagi, semua subject yg dorang belajar tu ada KERJA KURSUS SETIAP TAHUN. "wahahahaha" (evil laugh from me) Wei, serius la wei, berat tu nak buat kerja kursus untuk doploh subject. Laaaaagiiiii la seteres. Aku ni ha yang kena buat folio PMR untuk sejarah ngan geografi pun dah naik hijau muka, kome-kome yang kena buat untuk DOPLOH subject nih apatah lagi.

Mesti kalau bubudak yang baru masuk sekolah menengah tu kena culture-shock. Yelaa, sebab kat sekolah rendah mana ada seteres nak kena buat kerja kursus even ada UPSR. kalau sekolah rendah tahu main kejar-kejar je sebelum loceng bunyi je hahaha. Pandai-pandai la bubudak ni nanti. Mesti kehidupan seharian dorang tak brape nak ceria macam kita kita nikan? Sebab kalau nak berdialog (eceh, 'berdialog' siot) mesti sekema (skema) macam ni "Awak, semalam awak tengok tutor tv tak kat astro? sebab dia ada kasi tips macamne nak siapkan kerja kursus subjek bla bla" <---- okay ini rekaan semata mata.

Apa apa pun, tak kira la dorang ni mansuh PMR ke, kena belajar doploh subjek ke hape ke, yang penting AKU ni ha! Diri sendiri ni nak exam tahun ni woiiiiiiiiiiiiiiiiiii. Okay, bila bukak balik cerita yang aku nak PMR titibe rasa malas nak menaip (ececey)

Tapi kan, betul la aku cakap. Untung siot orang yang past PMR with flying colours. Maksud aku 8A's laa pergh gila kentang hebat siot cemane korang belaja aaaaaa? Jeles sungguh! hm hm hm. Ayah aku cakap yang penting stadi smart. Ngehehehehe kalau dah tak bape nak smart tu susah jugak. kalau bukak buku sejarah kan. Muka surat 1. eh tak, tak. Muka surat 3 sebab m/s 1 and 2 tu kandungan ngan hapetah. bila bukak m/s 3 je, "PADA TAHUN 1834,------------" (menguap lalu tidur)

Susah laa macam ni kalau perkara sebegini berlarutan (eceyyyy ayat) ok takpe yang penting Maths aku dah konpem A utk exam diagnostik ni. Kenmain aku nak show off ni sebab BUKAN SELALU DAPAT MATHS A. Dah alang alang menanti malang ni apa la salahnya berkongsi suka kan. Kalau nak berkongsi duka nanti ko tunggu aku dapat result sejarah. Konpem terjun lombong la aku sbb result macam &$%^

Berbalik kepada perenggan kedua, penting sangat ke PMR ni? Maybe bagi certain people tak penting, kau takleh salahkan dia. Kenapa ada sesetengah orang rasa PMR ni tak penting? Cek cek!

  • Alaaa rilek laa ni baru PMR nanti SPM score ah....
  • Subject PMR ni semua boring laa. Nanti form 4 nanti konpem aku focus punye sbb aku nak amik subject yg aku suka...
  • Chill laa bukannye dosa pun tak dpt PMR 8A

Tiga alasan ni je la yang aku kerap dengar drpd 'kawankawan' aku. Biar la dorang. Tu duture dorang, siapa kita nak tentukan mana baik mana buruk untuk depa. Nasihat je la yang boleh pun. Tu pun kalau depa nak dgr. Kalau taknak, korang blah je. Whatever it is, aku still anggap PMR ni sesuatu yang penting. Ini terbukti kerana each minutes and every seconds aku takkan lupa pasal PMR. seolah-olah PMR ni menghantui aku la. seriuss ni. selagi tak lepas seksa PMR ni, mmg laa asyik risau je. Aku rasa PMR penting sebab.........

  • kalau dapat result bagus, boleh buat semua orang kembang
  • dengan berbekalkan result pmr tu la aku boleh mohon masuk sekolah yang hebat hebat so that spm aku akan lebih terjamin
  • bila kau past pmr with flying colours, mesti rasa "tak sia sia effort aku selama ni" atau "berkat doa mak ayah atuk nenek adik (semua la kau nak include)" atau "nasib baik cikgu ^&((( yang ajar aku sebab tu laa aku dapat 8a" hmm hmm
  • mesti rasa lega gila nak mati bila dah dpt result bagus sebab pmr tu sekali je seumur hidup. takdela menyesal kalau teringat balik kisah sekolah (ecey, macam laa yeye je nak pikir sgt pasal pmr bila dah 20++)

So, all the best untuk semua yang nak ambik PMR tahun ni. Kurangkan kontroversi tingkatkan prestasi ya anak anak. Maaf ini bukan melodi.

HWAITING!!!!!

No comments:

Post a Comment