Setelah 6 hari mengerah otak untuk mengingati pelbagai fakta ilmiah, aku rasa ada perubahan dalam diri aku iaitu semangat. Bukan apa, ini semangat nak habis exam cepat supaya boleh 'bermain-main'. Heheh. Biar aku cerita pasal kertas-kertas exam serta soalan-soalan dalamnya.
- BAHASA MALAYSIA-Kertas satu secara jujurnya aku cakaplah, soalannya a bit difficult. Kertas dua pulak okay and boleh jawab. Bahagian komsas (komponen sastera) aku jawab sejibik macam apa cikgu kasi. Takde idea.
- ENGLISH LANGUAGE-Paper one soalan tahap average/sederhana. Paper two nasib baik keluar soalan essay yang simple-dimple. Aku boleh buat lah. Section literature pulak nasib baik dah buat practice ;]
- MATHEMATICS-Paper one macam tak sangka pulak keluar soalan yang simple lah jugak (walaupun simple aku tetap buat silly mistakes) Paper two soalan depan-depan senang, sampai yang belakang-belakang gigit kuku fikir macamane nak jawab ;p ***Maths teacher kitorang, Sir Vijayan, dia suruh kitorang hafal formula segala bagai! Kitorang mati-mati hafal, sekali time exam cikgu kasi formula. Sir memang!***
- SCIENCE-Science ialah exam paper yang akhir sekali. So, ada banyak masa boleh revise sume sume. Teacher pun dah kasi clue apa yang akan keluar exam. All over, bagi aku kali ni punya paper insyaAllah boleh dapat A. Amin~
- GEOGRAFI-Sebelum exam agak cuak dgn paper geo sebab cikgu cakap keluar form one sekali. But okay laa jugak soalan not that difficult. And aku dah dapat markah. 85 over 100 'A' Hee lega aku.
- AGAMA ISLAM-Taknak banyak cakap pasal agama. Tapi aku yakin bole capai A. Cheh cheh confident terlebih nih!
- KEMAHIRAN HIDUP/PERDAGANGAN-Okaylah jugak. Ada soalan yang tricky jugak. InsyaAllah boleh capai markah baik.
- SEJARAH-Aku takut sangat Sejarah aku failed! Sebab aku kurang ingat fakta-fakta dan tak sempat nak baca bab 7&8. Dah lah banyak soalan keluar from bab 7&8! Huh~ Redha je ni ]]]";
- JASMANI & KESIHATAN-Aku sayang kat cikgu Musa sebab dia yang penggubal kertas soalan ni. Terima kasih gila kat dia sebab soalan subjektif tak require jawapan fakta.(dahlah aku tak sentuh buku teks) Soalan nombor 1 bahagian subjektif : "tuliskan 5 tip/cara untuk menguruskan badan" something like that lah.
- SIVIK & KEWARGANEGARAAN-Frankly speaking aku cakap susah terutama bahagian subjektif. Dengan aku yang tak sentuh buku teks sivik ni, boleh pulak dia tanya soalan ni : "berikan 5 kerjasama negara-negara ASEAN" something like that. Aduh makkkk ini memang soalan nak carik gaduh. Jawapan aku semua pelik-pelik. Kalau betul tu rezeki!
- SENI VISUAL-Hehe aku tak baca buku pun. Selak buku nota seni tu ada la sikit. Memandangkan aku yang pengetahuan seni pun macam 10% je, aku rasa kalau dapat seni C pun aku tak terkejut. Soalan paper one susah. Sampai paper two aku dah gembira. Dalam banyak-banyak soalan aku pilih "Lukiskan poster bertajuk 'Selamatkan Bumi Kita'" Aku rasa berjaya sebab poster yang aku buat tu pada pandangan aku menarik. Just colour je serabai sikit sebab aku colour pakai pencil colour. Dah pulak aku tak pandai colour lawa-lawa.
No comments:
Post a Comment