Hai. Lama kan aku tak update blog. Macam agak sebulan laa. Macam agak? Macam salah je grammar aku tu. Lantakkkkk. By the way, aku nak kasi tau je, walaupun takde sape tanya. Raya tahun ni buat aku gemuk. Hari-hari aku pegang pipi. Pipi aku la bukan pipi kau. Semakin hari semakin bulat. Afiq selalu cakap aku chubby. Aku harap dia cakap aku chubby sebanyak 39 kali je. Sebab kalau sampai 40 kali, benda tu boleh jadi betul betul. Err, nonsense. Nak tahu kenapa pipi aku semakin bulat? The conclusion is, sebab aku makan banyak. Selera besar bhai bulan Syawal kali ni. Haha, mana taknya, sabtu ahad je gerenti tak lekat rumah. Apa lagi, open house la! Dah pulak open house kat KL ni dahsyat dahsyat belaka! Makanan sedap sedap sumenye. Hisssshhhhh, gemok gemok gemok.
Okay, cukup untuk cerita bahagian makanan. Sekarang aku nak cerita sambutan hari raya aku tahun ni. For the first week of Syawal, aku raya ngan beloved family. Kat hometown, forsure. Kampung ayah aku, Muar Johor. Nasib baik tau sebab journey ke kampung kitorang tak trapped ngan traffic. Balik KL pun okay. Takde la sakit bontot duduk dalam kete lama lama. Haha. Raya kat kampung memang best. Sebab dapat jumpa cousins aku yang gila gila semua tu. Dan, duit raya pun dapat dikutip dalam angka yang banyak. *evil laugh* Sebelum balik KL, aku total semua duit raya yang aku dapat kat kampung. RM 100++ laa. Walaupun kau punya duit raya lagi banyak, aku still anggap duit raya akulah yang paling banyak di Malaysia ni. Chehhhh
Sampai kat situ jelah cerita aku beraya kat kampung. Then balik KL. Kat KL pun mesti beraya jugak. Lagi sakan. Aku pegi beraya ngan Aiman Azhar, Cijan, Munira, Farid Amzar, Airul. Kitorang gi raya umah Ayed, Munira, Cijan, Faiqah, Makcik Munira and Makcik Munira lagi sorang. Penat le gak sampai satu Taman Melati nih kitorang jelajah. Pastu aku ikut family aku gi beraya kat rumah mem-mem bapak aku.
Open house aku pulak, special untuk classmates aku. And closed friends je. Sampai packed rumah aku ni diorang serbu! Haha. Lepas dah settle open house umah aku, kitorang ramai-ramai gerak umah Raihan, diikuti rumah Syera dan seterusnya banglo Danial. Dari Condo ke rumah teres ke Taman Setia. Tak ke jauh gilo tu? Takpe, raya punya hal, penat tolak tepi. *echeh*Sorry gila-gila-gila kepada yang terasa hati sebab aku tak ajak dia gi open house aku. Tak sengaja tau! Bukan sengaja! Tahun ni budget kureng, so tak dapat nak buat open house besar-besaran.. Tahun depan insyaAllah boleh, satu Malaysia aku invite. *lebih dah ni*
RIMUP. Taktaulah RIMUP tu singkatan untuk apa. Tapi yang pastinya, RIMUP ni sambutan hari raya kat sekolah aku. Sambutan raya ramai-ramai. Kat dataran, pasang khemah banyak banyak. Susah lah nak cerita, nanti aku upload gambar je kasi korang tengok. Tapi korang mesti dah tengok kat fB. Tak kira! Aku upload jugak! By the way, ramai cakap RIMUP tahun ni tak gempak macam tahun lepas. Aku tak tau lah, sebab RIMUP tahun lepas aku tak datang. Aku balik kampung. Lagi satu, aku menyesal sebab tak melantak cukup-cukup time RIMUP hari tu. Aku sibuk sangat tangkap gambar, sampai soal makan diketepikan. Ishhhhh, bila balik rumah, aku teringat rendang, macaroni, sate, uuuuu sedihnya tak merasa )':
Tak habis lagi dengan open house tau! Jumaat yang lalu aku pergi open house Shalena. Best laa. Makanan sedap. Highlight sikit : Mi kari and popia sedap! Haha kalau Shalen and Shada baca statement aku ni, mesti diorang kembang seinci. Yelah mana taknya, aku puji-puji popia buatan diorang. Lepas open house Shalen, aku and Syera accompany Ally pegi open house boyfriend dia lak, Hafidz Arsalan. Hesh, makan mi kari jugak. Tapi sedap jugak. Haha. Bila perut dah nak meletup, baik aku balik rumah. Hee :D
Semalam, sabtu. Open house lagiiiiiiiiiiiiiiii. Maknanya makan lagi! Aku, Mai, Umi, Athiqah gi open house Munira. Munira ajak kawan-kawan CBN dia. Nampak hebat, haha. Kenapa ngan staement aku ni. Shhhhhhoh. Lepas tu, Munira and kawan CBN dia lepak McD. Kitorang ni malas nak ikut.. So Mai ajak aku gi open house Aten. Rumah Aten kat belakang LRT. Tapi belaaaaakaaaanggg lagi. *sigh*
Lepas tu lepas tu, open house Ally Abu pulak :D Hari Ahad . Overall, makanan sume sedap *asyik cerita pasal food je* but aku palingggggg sukaaaaa is AisBatuCampur>tapi ada setengah orang cakap AirBatuCampur. Tak tahu mana satu betul. ABC menarik sebab tukang buat tu bubuh susu banyak gila, hesh kencing manis duh. Okay, kat open house Ally aku meet kawan tahun lepas, iaitu Fatin Syazana. Saja je guna istilah 'kawan tahun lepas' sebab tahun lepas dia satu klas ngan aku. Tahun ni dia dah pindah sekolah.
Okay setakat itu sahaja. Kepada sesiapa yang tak ajak aku gi open house korang> "sampai nya hati korang~ tahun depan mesti ajak aku tau. Yang mengajak aku tapi aku tak pergi> "sorrrrriiiiiii memang aku tak dapat nak penuhi semua invitation, maklumlah vip macam Rubee ni busy sikit, lebih lebih lagi musim perayaan, hee :D (sorry). Yang mengajak aku dan aku pergi> "terima kasih kerana telah meng-invite, jasa anda dihargai kerana telah membuatkan berat badan saya bertambah!" Kepada yang tidak mengajak tapi aku pergi open house dia> "aku ni memang taktau malu kan? orang tak ajak tapi datang. Hehe, sorry ya. Tahun depan insyaAllah aku buat lagi :P".
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment